Tuesday, 23 February 2016

Khasiat-khasiat garam buluh.

Khasiat-khasiat garam buluh.

Kajian daripada saintis-saintis mendapati garam buluh mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Berikut adalah beberapa hasil penemuan daripada saintis-saintis yang mengkaji tentang garam buluh:

1. Anti-alergik
Mengehadkan tindak balas alergi dengan menghalang pembentukan bengkak akibat alergik (Shin, Hey-Yong., 2004)

2. Anti-kanser
Garam buluh boleh mengurangkan pembentukan sel-sel kanser di dalam badan. (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012).

3. Melawan obesiti
Kajian terbaru mendapati garam buluh mengurangkan berat badan dengan menurunkan paras lipid (lemak) di dalam tisu badan. (Park, Kun-Young, et.al., 2013)

4. Merawat masalah gigi
Saintis mendapati pesakit gigi menggunakan garam buluh untuk menguatkan enamel gigi, masalah pembentukan plak dan gingivitis. (Min, B.S., et al., 1995)

5. Mengurangkan fungsi keradangan
Garam buluh lebih berkesan untuk mengurangkan masalah keradangan dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan berbanding garam biasa (Shin, Hye-Young, et.al., 2003)

6. Anti pertumbuhan mikroorganisma
Kajian makmal mendapati di antara 20 jenis garam (garam halus, garam proses, garam laut dan garam buluh), hanya garam buluh mempunyai sifat untuk menentang pertumbuhan mikroorganisna bernama Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)

7. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Garam buluh mengandungi bahan kimia khas yang menghalang proses kematian sel-sel badan yang penting seperti sel kohlear yang berfungsi untuk pendengaran. Kemoterapi mempercepatkan kematian sel-sel badan manakala garam buluh menghalangnya (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

9. Merawat ulser dan gastrik
Garam buluh menghasilkan hydrogen sulfida mampu bertindak sebagai pemancar yang memperbaiki fungski fisiologi badan   terutamanya masalah sistem pencernaan badan (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

10. Diabetis
Garam buluh membantu peningkatan paras glukosa di dalam badan dan pengambilan glukosa di dalam otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

11. Merawat arthritis
Jika digunakan bersama rawatan akupuntur, ia boleh merawat arthritis (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium di dalam garam buluh yang tinggi berbanding di dalam garam lain mampu mengurangkan masalah sakit sendi dan otot.

12. Rawatan untuk sakit tekak
Mengurangkan bengkak di dalam tekak dan mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan itu (Choi, CH, et. Al., 2012)

Makna uzur dalam bahasa arab

Tahukah anda ?
Tahukah anda bahawa kita tersilap tanpa sedari bahawa perkataan "uzur " yang terdapat dalam bahasa melayu tidak sama dengan " uzur " ( عذر ) yang di maksudkan di dalam kitab jawi dan kitab arab.
  kerana "uzur "dalam bahasa melayu bermaksud SAKIT.Sedangkan "uzur" yang terdapat di dalam kitab jawi dan kitab arab  bermaksud ALASAN YANG KUAT.
   Jauhkan maknanya ?
   Penuntut ilmu  hendaklah berwaspada terhadap perkara tersebut supaya mereka tidak tersalah memahami kitab.
    Perbincangan " uzur " banyak  diulas di  dalam kitab fiqh ..Malangnya ramai beranggapan "uzur" itu adalah sakit.Ianya tidak tepat.Ini akan menyebabkan kita tersalah memahami erti perbincangan yang sebenar.
     Sila rujuk mukjam asasi ms 829.
    Berjumpa lagi dilain episod.

#projekRM1000seminggu
#projekSTG
#blentrepreneur
#beaulegacy
#beijingfreetrip2016

#MrZairi
#mzs

Saturday, 20 February 2016

Hadamcvc

Tahukah anda?
Tahukah anda perkataan " hadam" sama ertinya dengan
"hadam" (هضم) yang terdapat dalam bahasa arab...
   Hadam makanan= هضم طعام
Sila rujuk mukjam asasi ms 1267
Berjumpa lagi dalam episod yang seterusnya...

#projekRM1000seminggu

#MrZairi
#mzs

Suara wanita

Adakah suara wanita aurat?
    Suara wanita bukan aurat... Ulama- ulama berpendapat sebegitu berdalilkan hadis -hadis daripada peristiwa baiah.wanita berbaiah dengan suara sebagaimana di dalam hadis.Hanya golongan lelaki yang berjabat tangan dengan Rasullullah ketika berbaiah.
     Ini adalah mazhab mejoriti ulama termasuk ulama daripada syafie.Tetapi sebahagian ulama hanafi berpendapat bahawa suara aurat..
     
       Sila rujuk fiqh sirah ms 283.

#projekRM1000seminggu

#MrZairi

#mzs